Hubungi Kami

untuk keterangan lanjut mengenai perusahaan tiram kelabu di Muadzam Shah ini,sila hubungi:-

Ferus Syah - 012 9398212
Dabus - 019 7662686

Lot PT 2872,Lorong Pelangi Kanan 1,
Pinggir Pelangi
26700 Muadzam Shah
Pahang

Thursday, August 14, 2008

Update²

Lagi Gambar semasa penerimaan bongkah dari RASE

En.Isammudin sedang menurunkan bongkah-bongkah


bongkah yang banyak...hehe


Proses penyusunan bongkah²



akhirnya

sekian saje untuk hari ini...kami akan update lagi gambar² di bangsal kami
untuk makluman En.Isammudin, kami telah pun menyiapkan net hitam kami....hehe

sekian,jumpa lagi

Tuesday, August 12, 2008

Penghantaran Bungkah Cendawan ke Muadzam Shah, Pahang

Berikutan dengan penghantaran bungkah ke Rembau, N.S, trip kedua bulan Ogos ini adalah penghantaran 3000 bungkah cendawan ke Muadzam Shah, Pahang pada 7hb Ogos 2008 kepada En Ferus.

Rumah cendawan En Ferus yang baru dibina nampaknya kemas, anggaran muatan adalah 15 ribu bag, tetapi masih belum lengkap lagi, bungkah yang kami hantar itu pun masih tak dapat disusun kesemuanya ke atas rak, walau bagaimanapun, En Ferus yang berkomiment tinggi pasti boleh mengatasinya dengan cepat. Di samping itu, kami pun menasihatkan beliau bahawa jaring hitam harus diuruskan dengan cepat.
Rak cendawan yang dibuat oleh En Ferus boleh dikatakan ok....
Inilah dua rakan pengusaha cendawan di Muadzam Shah, Pahang. Bagi penduduk di sekitar situ, lain kali kalau nak beli cendawan yang segar, jangan lupa nak contact mereka

di copypaste daripada blog RASE (Rantau Agrotech Supply Enterprise)



*p/s- terima kasih en isammudin kerana banyak memberi nasihat,tips² untuk memajukan perusahaan ini

Sunday, August 10, 2008

projek bermula

setelah hampir setahun merancang,akhirnya projek membina bangsal cendawan telah bermula pada 28/07/2008.
Dengan menggunakan kemahiran pakar kejuruteraan awam yang di import khas dari Indonesia (hehe),projek berjalan dengan .....ok la...


menentukan kedudukan tiang



sebelum konkrit lantai

Nama Projek : Projek Membina Bangsal Cendawan

Luas Tanah : 1047 M²

Luas Projek : 14' x 20'

Kontraktor : Team Hata Prakash,Wak and Pendek